Tips Penjagaan Payu Dara

25/08/2011 10:42

Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak


 Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.
Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.
Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.


 

 

CARA URUTAN PAYUDARA MENGGUNAKAN LOSYEN SERAI LINTAH

 

1.Bahagian kanan, letak tangan kanan di belakang kepala. Buat urutan secara bulatan, urut mengikut pusingan jam, terpulang berapa lama urutan mahu dilakukan.Selepas urut bulatan, buat urutan dari bawah bahagian payudara ke atas.

 

2.Bahagian kiri, tangan kiri di belakang kepala. Buat urutan secara bulatan, urut melawan pusingan jam, terpulang berapa lama urutan mahu dilakukan.

 

3.Jika ingin bentuk yang lebih rapi dan cantik tanpa mengembang, sapu dan urut di bahagian sekitar ketiak, belakang serta tepi kiri dan kanan payudara.

 

Urutan menggunakan losyen serai lintah boleh dilakukan pada waktu pagi dan malam selepas mandi.Urutan boleh juga digunakan untuk bahagian punggung bagi membuang lemak dan membentuk semula punggung.

Buat urutan punggung kanan, urut bulatan mengikut pusingan jam.Punggung kiri, urut bulatan mengikut lawan jam.Kemudian dari bawah punggung urut ke arah atas. Ulangi beberapa kali untuk kedua-dua bahagian punggung.Selamat mencuba!

Shonstore.Blogspot.Com